Jika ku tahu kau akhirnya terseksa Tidak ku lepaskan kau bersama dia Jika ku tahu ini yang terjadi Biar sulit kau ku pertahankan.. Tidak sampai hati ku melihat kau sekarang Terseksa didalam sangkar emas Tidak sampai hati ku menatap mata mu lama Kerana disana ku lihat penderitaan mu.. Hancur nya cinta ku tak sehancur hati ku melihat kau begini Ingin ku gengam erat tangan mu dan membawa kau lari sejauhnya dari penderitan Namun ku tak sanggup kau dipersalahkan lagi Tidak sampai hati ku melihat kau sekarang Terseksa didalam sangkar emas Tidak sampai hati ku menatap mata mu lama Kerana disana ku lihat penderitaan mu Tuhan, Ku titipkan dia jaga dia dan lindungai dia Hanya ini yang mampu ku lakukan untuk mu kasih, Kerana ku tak sampai hati melihat kau menderita, Maafkan ku bukan ku tak sudi cuma ku tidak mahu kau dipersalahkan lagi.